IWK Eco Park

Pantai Dalam

Pusat Sukan & Taman Rekreasi

 
 
 
 

Mengenai Eco Park

 
IWK Eco Park @ Pantai Dalam merupakan pusat sukan dan taman rekreasi yang merangkumi pelbagai kemudahan dan kawasan hijau yang dibina di atas Loji Rawatan Kumbahan Serantau Pantai 2 (RSTP2), sebuah loji terbesar dan termoden di rantau ini.

Lokasi

Terletak lebih kurang 10 kilometer dari pusat bandar Kuala Lumpur, dengan keluasan 12 hektar, IWK Eco Park @ Pantai Dalam menawarkan pelbagai ruang dalaman dan luaran yang menarik untuk anda dan keluarga berlibur atau menganjurkan majlis keraian.

 

Waktu Operasi

Dibuka setiap hari bermula dari jam 7.00 pagi - 12.00 tengah malam termasuk cuti umum*

*Pihak pengurusan berhak menutup taman dan kemudahan di sini tanpa notis pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan.

 
 

PETA IWK ECO PARK

Foto
 
 

Senarai Kemudahan

IWK Eco Park @ Pantai Dalam menempatkan dewan komuniti yang dinamakan Dewan Merbau, yang menempatkan gelanggang badminton dan boleh dijadikan sebagai dewan keraian bagi pelbagai jenis majlis atau acara korporat. Terdapat juga dewan kecil iaitu Bilik Chengal, yang boleh disewa bagi tujuan mesyuarat, seminar, bengkel atau acara sederhana. Trek joging, taman permainan, gelanggang sukan, dan taman yang mengelilingi kawasan ini menjadikan IWK Eco Park pilihan yang sesuai untuk semua, baik buat individu, keluarga, atau syarikat/organisasi yang ingin menganjurkan aktiviti dalaman dan luaran.  
 
 

Kadar Sewa & Tempahan

IWK Eco Park @ Pantai Dalam adalah lokasi yang sesuai untuk pengunjung bagi semua peringkat umur untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sukan, rekreasi dan juga, program korporat!

Berikut adalah kadar sewaan:

 

Notis Penting

Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd TIDAK AKAN bertanggungjawab ke atas sebarang kacau ganggu, kecederaan, kemalangan, kematian, kecurian yang melibatkan fizikal dan harta persendirian pengunjung.

 
 
 

Ingin membuat tempahan di IWK Eco Park @ Pantai Dalam?

Semak jadual dan tempah slot anda sekarang!

Tempahan boleh dibuat di sini
 
 
 

Peluang Korporat

Mana-mana perniagaan atau syarikat yang ingin mengiklankan atau bekerjasama dengan IWK Eco Park @ Pantai Dalam boleh hubungi kami.

Hubungi Kami
 
 
 
 

Khazanah Rimba

Hutan Bandar di IWK Eco Park @ Pantai Dalam

IWK Eco Park @ Pantai Dalam juga menyediakan tapak penanaman pokok hutan yang dinamakan “Khazanah Rimba”. Kawasan ini adalah satu projek komuniti bagi mewujudkan persekitaran yang lebih hijau untuk penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Program “Adopt A Tree” adalah antara inisiatif Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd bersama Persatuan Pencinta Alam (MNS) sejak tahun 2020. Hasil kerjasama ini, kira-kira 500 pokok hutan telah ditanam di plot tanah di Eco Park bagi membolehkan kawasan berkenaan menjadi hutan bandar yang boleh merancakkan fauna dan flora di situ.

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan ini, adalah juga bertujuan memastikan warisan pokok hutan dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.

 
 

Galeri

 
 

Galeri Pembetungan IWK pada asalnya adalah sebuah bangunan batu merah yang menempatkan pam pembetungan yang pertama di Kuala Lumpur. Dibina pada tahun 1956 ketika zaman pemerintahan British, bangunan ini seringkali dirujuk sebagai “bilik enjin” dan operasinya dikendalikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kini, Galeri Pembetungan IWK ini telah dijadikan sebagai sebahagian daripada Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645). Pelbagai artifak telah dikumpulkan untuk memaparkan perkembangan sistem pembetungan sebelum merdeka sehingga Malaysia kini mengikut sejarahnya.

Semoga galeri ini memberi manfaat kepada para pengunjung di samping menggalakkan kita semua dalam usaha menjalankan penyelidikan dan pemuliharaan warisan budaya.

Bagi yang ingin membuat lawatan mengunjungi galeri ini, sila email kepada comms@iwk.com.my. Masuk adalah percuma!

 
 
 

Hubungi kami

Sila beri pertanyaan & maklum balas anda di sini